Cerita ArtisHiburan

Linda Rafar Buat Kejutan… Tiba-Tiba Umum Keluar Daripada Kumpulan Elite

Penyanyi dan pelakon popular, Linda Rafar, membuat kejutan apabila mengumumkan menarik diri daripada sebarang aktiviti bersama kumpulan Elite.

Kejutan berkenaan dikongsikan sendiri oleh Linda menerusi platform Threads menerusi luahan emosi yang menyentuh hati peminat.

“Hanya kepada ALLAH aku berserah. Maafkan Linda jika tak dapat bersama Elite lagi.

“Sedih sangat, nak tulis pun tak boleh. Moga ALLAH kuatkan Linda dalam apa juga keadaan,” katanya.

Apa yang mengejutkan, keputusan berkenaan diambil hanya sebulan selepas Linda kembali bergabung untuk menjayakan konsert Elite Live 25 di Plenary Hall, KLCC pada 20 September lalu.

Meskipun tidak menyatakan punca tindakannya mengundurkan diri, namun ia dipercayai berkait rapat dengan tekanan emosi dialaminya semasa sidang media konsert tersebut.

Dalam pada itu, peminat dan rakan artis tampil memberikan sokongan moral kepada Linda, menyifatkan keputusannya sebagai langkah terbaik demi kesihatan mental dan kesejahteraan peribadinya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button