• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Liyana Jasmay & Intan Ladyana Kuarantin Diri Lepas Balik Dari Australia

Pelakon Liyana Jasmay dan Intan Ladyana selamat tiba di tanah air semalam selepas beberapa hari berada di Australia atas tuntutan kerja.

Menurut Liyana, 32, dia akan mengambil langkah kuarantin diri selama dua minggu berikutan penularan wabak Coronavirus (Covid-19) yang semakin meningkat sekarang.

“Kami akan kuarantin diri selama dua minggu seperti yang dituntut dan berasa sangat gembira akhirnya dapat kembali ke tanah air dan berehat di rumah.

“Sepatutnya kami pulang ke Malaysia pada 23 Mac ini namun disebabkan penularan Coronavirus, kami terpaksa pendekkan jadual penggambaran,” tulis ibu kepada dua cahaya mata itu di laman Instagramnya.

Pelakon filem Papadom itu juga menzahirkan penghargaan buat pekerka sektor perubatan yang bertungkus-lumus mencurah khidmat membendung penularan Covid-19.

“Terima kasih untuk para doktor, jururawat dan semua yang terlibat bagi mengekang wabak ini daripada terus menular.

“Kami akan terus duduk di rumah dan jangan lupa untuk sentiasa mencuci tangan anda,” tulisnya lagi.

Sebelum ini beberapa selebriti dilihat berada di luar negara sebelum Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu dilaksanakan bermula semalam. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend