EventHiburan

M.Nasir Jayakan Showcase Eksklusif Magnum Opus 20 April Ini

Penyanyi dan komposer prolifik, Datuk M. Nasir bakal menjayakan satu persembahan eksklusif bertempat di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur bermula pukul 5 petang pada 20 April ini.

Persembahan solo dan eksklusif Magnum Opus 40 tahun M. Nasir berdurasi 60 minit itu, akan memaparkan selebriti berusia 62 tahun itu diiringi barisan pemuzik hebat yang terdiri daripada Aznan (gitar), Rafi (gitar), Kelly (bass), Firdaus (keyboard) dan Ujang (drum).

Magnum Opus 40 Tahun M. Nasir ini merupakan kesinambungan kepada Kembara Ke Solo M. Nasir yang diadakan dengan jayanya pada tanggal 16 Disember 2017.

Menariknya, pada konsert kali ini, M. Nasir akan membawakan lagu-lagu ciptaannya yang dibuat untuk dua kumpulan rock gergasi iaitu Search dan Wings dalam rendisinya yang tersendiri.

Selain berkesempatan menonton showcase M. Nasir, penonton pada hari itu juga akan dihidangkan dengan program bual bicara yang akan dikendalikan Rostam Said sebagai moderator bagi mengupas karya-karya seni M. Nasir yang disumbangkan beliau untuk kumpulan Search dan Wings secara khasnya dan untuk arena muzik rock secara amnya.

Tiket-tiket berharga RM120, RM140 dan RM160 boleh didapati menerusi talian 011-37421492 (Noraida) / 013-3028077 (Masliza) atau +65-83383002 (Haleem). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button