• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

M. Nasir Kolaborasi Dengan Kmy Kmo & Luca Sickta Menerusi Zuhud

Duo hip hop, Kmy Kmo dan Luca Sickta terharu apabila penyanyi terkenal, Datuk M. Nasir sudi menerima pelawaan untuk berkolaborasi dalam single terbaharu mereke berjudul Zuhud.

Kesudian figura muzik terkenal ini untuk berkolaborasi dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta pastinya memberi jaminan bahawa lagu ini mempunyai nilai estetik tersendiri.

Single ini merupakan hasil ciptaan Kmy Kmo dan Luca Sickta bersama M. Nasir. dan ia menggabungkan rentak hip hop dan elemen muzik tradisional Melayu seperti serunai dan gamelan yang sememangnya memanggil perhatian pendengar selain dihiasi dengan lirik puitis.

“Kami cuba terapkan mesej tersirat dan tersurat menerusi karya kami, dan lagu Zuhud ini merupakan pesanan kami kepada semua pendengar untuk tidak angkuh dengan apa yang kita miliki di dunia kerana itu semua hanya bersifat sementara, dan berbaliklah kepada matlamat utama kita iaitu mencapai bahagia di alam akhirat.

“Saya dan Luca bersyukur kerana lirik lagu Zuhud yang ditulis sepenuhnya oleh kami ini diterima baik oleh Dato’ M.Nasir. Ianya merupakan suatu penghormatan buat kami kerana berpeluang berkolaborasi dengan lagenda muzik terkenal tanahair,” kata Kmy.

Video muzik rasmi Zuhud turut dilancarkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia sebagai pendamping visual kepada lagu ini. Video muzik yang dibintangi pelakon terkenal Azri Iskandar ini mampu mengundang keinsafan kepada penonton apabila memaparkan terjemahan visual maksud lirik lagu Zuhud. Video muzik arahan Yussuf Yunus dari produksi Cinemalaya Studios Sdn Bhd ini sudah mencapai lebih 192,000 ribu tontonan sejak dilancarkan pada 20 Disember lalu.

Single terbitan Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend