
“Maaf Kepada Yang Tak Suka Saya Berpelukan Dengan Suami Saya….” Fasha Sandha Jawab Kritikan Netizen Berhubung Video Aksi Ghairah Bersama Suami
Nama pelakon popular, Fasha Sandha bersama suaminya, Aidil Aziz menjadi sebutan gara-gara video yang memaparkan aksi ghairah mereka di dalam kolam renang.
Mendapat kritikan netizen yang telah mengecam hebat video berkenaan, Fasha tampil membuat kenyataan menerusi posting di Instagram miliknya.
“Kalian yang memuji terima kasih. Kalian yang mengeji pun terima kasih. Saya bertugas, saya mash makan gaji, saya bukan boss, saya masih kuli. Saya hanya menjalankan tugas dan komitmen. Saya mintak maaf kepada yang tak suka saya berpelukan dengan suami saya.
“Pejam celik dah 6 tahun kami bersama, syukur. Apapun… Ya, perkahwinan ni adalah pinjaman daripada yang esa kita pun tak tau berapa lama pinjaman ni, cuma kita mendoakan agar pinjaman ini berkekalan ke akhir hayat,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon itu juga dilihat lebih terbuka dengan setiap kritikan yang diberikan netizen, malah menyifatkan masih ramai yang sayang dan ingin mengambil tahu tentang dirinya.
“Doakan yang baik2 semoga yang baik2 juga jadi pada kalian I love you. Lovers or haters, i still love you
Orang tegur / kecam / puji bermakna. Orang masihh ambil tahu dan sayang.
“Dalam dunia ni perlu ada orang tegur dan kecam juga, untuk menjadikan kita manusia yang lebin baik, Insyaallah.
Kepada yang terbaca memo ni,” ujarnya. – KopiPlanet.com
