• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Maizurah Cabar Diri Tulis Lirik Dan Rakam Lagu Mandarin

Mahu mencabar diri, penyanyi baharu Maizurah mencipta sejarah apabila tampil menulis dan merakamkan sebuah lagu Mandarin bertajuk Have You Ever Loved Me.

Melodi lagu ini mendapat sentuhan komposer dari Derby, United Kingdom, Ben Haynes manakala liriknya merupakan nukilan Maizurah sendiri.

Kini menetap di Qatar, Maizurah yang sememangnya meminati bidang muzik dan sentiasa berhasrat untuk menjadi penyanyi terkenal suatu hari nanti.

Mendapat pendidikan dari sekolah Cina di Johor Bahru, Maizurah fasih bertutur dalam bahasa Mandarin dan kelebihan ini amat membantu kreativitinya dalam menghasilkan lagu-lagu Mandarin.

Dibesarkan dalam keluarga yang meminati dan menghargai seni muzik, Maizurah turut mewarisi minat yang sama. Ketika zaman remajanya, beliau banyak mendengar lagu-lagu Mandarin popular nyanyian A-Mei, Faye Wong, Leehom Wang, Jacky Cheung, Jerry Yan, Jay Chou, Jin Sha (Kym) dan Fish Leong.

Selain itu, Maizurah amat meminati Penny Tai dan menganggap Penny sebagai idolanya dalam industri muzik Cina.

Bangga dengan pencapaian serta kejayaan Penny dalam industri muzik Cina, Maizurah turut menyimpan hasrat untuk mengikuti jejak langkah Penny, dengan membangunkan kerjaya nyanyiannya serta menempa nama dalam industri muzik di China.

Maizurah berharap untuk berkolaborasi dengan mana-mana syarikat rakaman demi memastikan impiannya untuk menghasilkan album Mandarin menjadi suatu kenyataan kelak. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend