Cerita ArtisHiburan

Makin Popular, Impikan Jadi Taruhan Terbaru Kumpulan Dolla

Sejak melancarkan single debut mereka Make You Wanna pada Mac lalu, kumpulan wanita baharu Dolla berjaya menggegarkan industri muzik Malaysia dengan konsep lagu, penampilan, nyanyian dan tarian setaraf dengan artis berkumpulan wanita antarabangsa.

Walaupun nama Dolla masih baru dalam industri muzik, namun kumpulan wanita yang dianggotai empat gadis cantik ini sudah pun berjaya mengumpul peminatnya sendiri yang menggelarkan diri mereka ‘iDOLLA’.

Meluaskan lagi jangkauan muzik mereka, Dolla yang dianggotai Sabronzo, Syasya, Angel dan Tabby bakal muncul dengan single kedua mereka berjudul IMPIKAN.

Turut dilancarkan bersama lagu Impikan ini adalah lagu versi Bahasa Inggeris yang diberi judul Watch Me Glow. Lagu ini adalah ciptaan komposer dan penerbit terkenal dari Sweden iaitu Ludwig Lindell, Daniel Caesar, Karl Oscar Gummesson yang turut menulis lirik untuk Watch Me Glow. Manakala lirik Impikan pula ditulis oleh penyanyi rap dan Luca Sickta dan YonnyBoii.

“Sudah pastinya kami sangat teruja diberikan lagu daripada komposer dan penerbit antarabangsa yang sebelum ini pernah menghasilkan lagu-lagu hits K-Pop seperti ‘All Night’ nyanyian Girl’s Generation. Dengan peluang ini ianya sedikit sebanyak memberikan kami kelebihan kepada kami untuk membawa konsep muzik yang lebih bercitarasa antarabangsa,” kata Sabronzo mewakili ahli kumpulannya yang lain.

Ketua Pemasaran Domestik Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar pula menjelaskan bagaimana lagu ini dipilih menjadi taruhan terbaharu Dolla, “Sebenarnya kerjasama kami dengan syarikat produksi The Kennel AB dari Sweden ini sudah lama terjalin menerusi beberapa projek untuk artis di bawah Universal Music Group. Bila kami menerima lagu Watch Me Glow dalam senarai lagu yang mereka hantar untuk projek lain, kami merasakan ianya sesuai dengan konsep muzik yang Dolla cuba tampilkan. Setelah berbincang dengan pihak Dolla sendiri, kami bersepakat untuk menjadikan single kedua Dolla dan dikeluarkan dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

“Ini merupakan pertama kalinya, Universal Music Malaysia mengeluarkan lagu dalam dua Bahasa sebagai strategi kami membawa Dolla menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa. Walaupun Dolla masih hijau dalam industri muzik, namun kami percaya akan potensi dan bakat mereka untuk melangkah lebih jauh. Kami berharap lagu ini bukan sahaja disambut baik oleh peminat muzik tempatan dan antarabangsa, malah lagu ini mampu menjadi pengubah keadaan dalam meletakkan nama Dolla dan Malaysia di peta muzik global,” jelasnya.

Mengulas tentang mesej lagu ini, Angelina Chai atau lebih mesra disapa sebagai Angel berkata, “Lagu ini cuba membangkitkan semangat mereka yang belum mencapai apa yang mereka impikan dalam hidup mereka. Jangan mengeluh dan mudah menyerah kalah. Dengan usaha yang berterusan, apa yang diimpikan pasti boleh dikecapi suatu hari nanti. Lagu ini kami dedikasi khas buat peminat kami yang percaya dengan bakat dan kemampuan kami untuk terbang lebih jauh dalam persada seni.”

Lagu terbitan Universal Music Malaysia ini boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan Deezer. Muzik video rasmi juga boleh ditonton menerusi saluran Youtube Universal Music Malaysia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
4
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button