Gaya Hidup

Malaysia Top 5 Negara Paling Ideal Untuk Didiami Lepas Bersara

Malaysia tersenarai dalam carta sepuluh negara yang paling ideal untuk menghabiskan masa selepas persaraan menurut kajian yang dijalankan oleh Indeks Persaraan Global Tahunan yang dijalankan oleh majalah International Living, baru-baru ini.

Menerusi artikel tersebut yang turut disiarkan oleh majalah Forbes, Malaysia berada di tangga kelima di belakang Panama, Costa Rica, Mexico dan Ecuador.

Antara kelebihan yang menyebabkan Malaysia tersenarai ialah kerana kemudahan pengangkutan awam yang efisien dan kos perubatan yang lebih rendah jika dibandingkan dengan negara besar seperti Amerika Syarikat.

Selain itu, kedudukan Malaysia yang terletak berdekatan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Kemboja dan Vietnam juga menarik minat pesara daripada seluruh dunia untuk menghabiskan masa emas mereka di sini.

International Living turut menyarankan pesara untuk bersara di Pulau Pinang kerana keunikan sejarah, seni, budaya serta kecantikan alam semulajadinya yang tidak tandingan.

Senarai 10 Negara Yang Paling Ideal Untuk Didiami Selepas Bersara

1. Panama
2. Costa Rica
3. Mexico
4. Ecuador
5. MALAYSIA
6. Colombia
7. Portugal
8. Peru
9. Thailand
10. Sepanyol – KopiPlanet.com

Kredit foto: Google Images

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button