• FOLLOW US
Rancangan TV, TV

Program Malaysia Top MUA Cungkil Bakat Baharu Jurusolek Tempatan

Bagi mencungkil bakat jurusolek profesional baharu, sebuah program realiti pencarian bakat, Malaysia Top MUA (Make Up Artist) (MTM) bakal disajikan sebagai hiburan terbaharu buat penonton tempatan.

Pencetus program tersebut yang juga merupakan Pengarah Urusan Alha Alfa Rich Legacy, Datuk Alha Alfa berkata, idea untuk merealisasikan program ini sudah bertahun terbuku di dalam hatinya dan akhirnya ia bakal menjadi kenyataan apabila ia bakal ditayangkan pada Februari tahun hadapan.

“Jika sebelum ini kita selalu dihidangkan dengan program realiti pencarian bakat baharu dalam bidang nyanyian, fesyen dan lakonan, kali ini saya buat kelainan untuk mencari bakat baharu dalam bidang solekan.

“Kewujudan platform rancangan ini mampu memberi saingan yang sihat di kalangna jurusolek tanah air sekaligus meletakkan kepercayaan kepada masyarakat bahawa profesion ini mampu memberi impak yang besar dalam industri kerjaya sebagai jurusolek,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran Malaysia Top MUA yang berlangsung di The Love, Matic Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.

MTM bakal menampilkan seramai lapan peserta bagi mengisi lapan episod yang berdurasi selama 30 minit yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria.

“Kami akan memilih peserta berdasarkan video solekan mereka selama satu minit yang dikongsikan di laman media sosial dengan menggunakan Set Borderless Alha Alfa. Daripada situ, kami akan memilih lapan peserta terbaik untuk dijadikan sebagai finalis program.

“Setiap minggu mereka akan diminta untuk menyiapkan tugasan berdasarkan tema-tema yang telah dipilih dan antaranya seperti solekan pengantin dan solekan kesan khas (special effect). Pihak produksi akan membawa peserta ke Bali dan Yogjakarta pada episod keenam dan ketujuh bagi mereka menimba pengalaman dengan ciri solekan yang menjadi ‘signature’ jurusolek di negara seberang,” katanya yang juga akan bertindak sebagai juri tetap untuk MTM.

Juara MTM bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM25,000 manakala naib juara (RM15,000) dan tempat ketiga (RM10,000). – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend