
Man Raja Lawak Peruntukkan RM50,000 Bantu Mereka Yang Memerlukan
Pelawak Man Raja Lawak mengambil mengambil inisiatif sendiri apabila tampil memberi tumpuan untuk membantu mereka yang memerlukan ketika wabak Covid-19 sedang melanda ketika ini.
Menerusi laman Instagramnya, Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kasim memperuntukkan sebahagian wang kemenangannya ketika menjuarai Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 bersama kumpulan Puteh iaitu sebanyak RM50,000.
“Situasi sekarang amat terkesan kepada semua warga Malaysia termasuk saya dari segi emosi dan kewangan. Saya Abd Rahman Kasim sebagai warga Malaysia dengan rasa rendah hati terpanggil untuk berkongsi hadiah wanng tunai hasil juara MLM 2019 tempoh hari bagi meringankan beban anda meneruskan kehidupan.
“Sesiapa yang benar-benar memerlukan bantuan sahaja yang akan saya layan. Dan sila DM berikan detail kenapa saya harus membantu anda sehinggalah bajet sebanyak RM50k habis digunakan sepenuhnya,” ujarnya.
Menurut Man, dia akan meneliti setiap permohonan yang dibuat dan menyatakan permohonan akan gagal sekiranya tiada respon daripadanya.
“Semoga bantuan kecil ini dapat dimanfaat sebaiknya. Hanya doakan saya murah rezeki dan sihat tubuh badan. Amin,” ujarnya. – KopiPlanet.com




