• FOLLOW US
Event, Hiburan

Masalah Teknikal, Konsert Amal Raihan – Alif Satar Tunda 22 Februari Depan

Konsert Amal Countless Blessing yang menggabungkan kumpulan nasyid popular, Raihan dan Alif Satar yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini telah ditunda pada 22 Februari depan.

Pengarah Urusan Philandure Sdn Bhd, Khalid Al Walid Mustafa Kamil selaku penganjur konsert dalam satu kenyataan media, berkata keputusan itu dibuat berikutan masalah teknikal, sekali gus memohon maaf atas apa yang berlaku.

“Kami ingin memohon maaf kepada semua pembeli tiket dan penyumbang kerana terpaksa menunda program itu pada tarikh baharu iaitu 22 Februari depan.

“Konsert yang sepatutnya berlangsung di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara turut diubah ke lokasi baharu iaitu Pusat Budaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

“Terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada usaha pengumpulan dana buat sekolah dan institusi kebajikan yang terlibat.

“Harapan kami, program pada 22 Februari depan bakal mendapat sokongan masyarakat di luar sana,” katanya.

Khalid berkata, menghargai sokongan yang diberikan, mereka turut berbesar hati menaik taraf tiket kepada tiket Gold, selain pembeli bakal menerima unit cenderahati khas Konsert Amal Countless Blessing.

“Pihak penganjur akan mengeluarkan tiket baharu kepada semua pembeli dan penyumbang bagi menggantikan tiket sebelum ini dalam masa 14 hari daripada tarikh pengesahan penerimaan tawaran. Pengesahan boleh dibuat menerusi pautan: http://www.wasap.my/601156866963/AlifRaihanUpgrade.

“Bagi pembeli yang tidak berminat hadir ke konsert pada tarikh baharu, tetapi ingin menyumbang kepada sekolah dan institusi kebajikan terbabit, pihak kami bersedia mengisi kekosongan itu dengan menjemput anak yatim, asnaf zakat atau pelajar sekolah. Pengesahan sumbangan boleh dibuat menerusi pautan: http://www.wasap.my/601156866963/AlifRaihanDerma.

“Namun, mereka yang memerlukan pemulangan tiket secara penuh, diminta menghantar butiran menerusi e-mel: linda@philandure.co dengan menamakan Refund Countless Blessing sebagai rujukan,” katanya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend