Cerita ArtisHiburan

Masih Berteka-Teki… Neelofa Tidak Mengiyakan Atau Menafikan Tentang Desas-Desus Mengenai Kehamilannya

Teka-teki mengenai berita kehamilan pengacara Neelofa masih lagi belum terjawab apabila tidak lagi memberikan sebarang pengesahan mengenai perkara tersebut.

Tidak mengiyakan atau menafikan, Neelofa menyatakan dia akan membuat pengumuman pada masa yang sesuai sekiranya sudah tiba masanya.

“Kalau desas-desus itu benar atau pun tidak, saya akan tunggu masa yang sesuai untuk berkongsi dengan orang ramai kerana sesuatu berita yang gembira kita nak doa orang ramai.

“InsyaAllah…. Kalau ada berita yang gembira, pada masa yang tepat saya akan umumkan.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Pengagihan Bakul Kasih Prihatin MAIWP dan Pertubuhan Kasih Neelofa yang berlangsung pada petang tadi.

Sebelum ini, Neelofa menimbulkan persoalan ramai apabila ramai yang menjangkakan pengacara berkenaan hamil, meskipun dia dan suami belum membuat sebarang kenyataan rasmi.

Dalam pada itu, Neelofa berkata ia adalah satu perkara yang menggembirakan apabila mendapat doa-doa daripada orang yang tidak dikenali.

Ujarnya, dia juga memang mengharapkan doa yang terbaik daripada semua sebagai satu perlindungan untuk dirinya juga.

“InsyaAllah… sebarang perkongsian akan dibuat kerana ia bukanlah suatu perkara yang buruk.

“Cuma kalau betul, ia akan diumumkan pada masa yang betul supaya tidak ada unsur-unsur yang negatif,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button