FilemTerkini

Mawi Bersyukur Filem Tiada Tajuk Tayang Di 100 Buah Pawagam

Pengarah filem genre komedi Islamik, Tiada Tajuk, Asmawi Ani atau Mawi melahirkan perasaan syukur selepas filem sulung arahannya itu akan ditayangkan di 100 pawagam bermula 4 April ini.

Tiada Tajuk yang diterbitkan syarikat Mawi World Entertainment dibarisi pelakon Along Cham, Hazama, Joey Daud, Amira Othman, Deen Maidin, Kamarul Hj Yusof, Achey dan Mawi.

“Alhamdulillah saya bersyukur sebab pihak panggung percaya dengan filem Tiada Tajuk. Saya sedar saya baru pertama kali buat filem jadi kepercayaan pihak panggung terhadap filem ini buat saya rasa terkejut dan terharu.

“InsyaAllah saya harap dapat tambah lagi beberapa lokasi panggung di masa akan datang,” katanya ketika dihubungi KopiPlanet.com

Filem Tiada Tajuk akan ditayangkan di 91 buah pawagan di Malaysia, manakala  di Singapura pula sebanyak lapan buah pawagam dan satu pawagam di Brunei.

Tiada Tajuk mengisahkan tiga sahabat baik berasal dari kampung, dianggap sebagai kutu rayau yang mana bercita-cita untuk menjadi artis terkenal. Banyak dugaan yang mereka lalui sepanjang perjalanan meraih impian tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button