Cerita ArtisHiburan

Mawi Doakan Yang Terbaik Untuk Rumah Tangga Syamsul Yusof – Puteri Sarah

Sebagai rakan artis yang baik dengan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof, Mawi mengakui dia terkejut mendengar perkhabaran terbaharu mengenai rumah tangga Syamsul dan isterinya, pelakon Puteri Sarah Liyana.

Menurut Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 39, dia hanya mengetahui mengenai perkara itu menerusi laporan media yang disiarkan minggu lalu.

“Saya memang rapat dengan dia (Syamsul), tetapi kami tidak pernah bercerita soal rumah tangga masing-masing bila berjumpa. Kami berbual lebih kepada kerja tentang lagu dan filem, itu yang kami selalu sembangkan selalu.

“Bila dengar perkara itu saya terkejut dan saya pun tahu daripada media. Saya harapkan cerita ini tidak betullah, kita doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.

Mawi ditemui pada majlis sidang media Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) dan Pelancaran Program Nurkids & Turath yang berlangsung di Skyforest, Acapella Suite Hotel, Shah Alam semalam.

Sebelum ini, media melaporkan Puteri Sarah hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu sehingga menimbulkan spekulasi tentang rumah tangganya sedang berantakan.

Syamsul dan Puteri Sarah kedua-duanya enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut ketika ditanya pihak media dan meminta semua pihak mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah yang kini berusia setahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button