Cerita ArtisHiburan

Membabitkan Isu Keluarga, Loca B Ambil Pendekatan Tidak Berkongsi Kisah Peribadi

Sebelum ini penyanyi Loca B mengejutkan peminat-peminatnya apabila mengandung dan kemudian melahirkan cahaya mata dua bulan lalu.

Apa yang membuatkan peminat tertanya-tanya kerena mereka sendiri langsung tidak mengetahui bila penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan salah seorang anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju.

Menyatakan mengenai perkara tersebut, Loca B berkata dia memang mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi mengenai kisah peribadi, terutamanya tentang perkahwinan.

“Perkara itu ada membabitkan isu keluarga. Kalau saya tidak beritahu kepada publik, saya juga tidak beritahu kepada keluarga yang jauh.

“Ada perkara yang saya perlu simpan sendiri dan lebih baik saya tak cakap apa-apa,” ujarnya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu membabitkan keluarga.

Loca B berkata demikian ketika ditemui semasa majlis ramah mesra bersama peserta Anugerah Juara Lagu 35 (AJL) baru-baru ini.

Penyanyi itu akan bersaing di pentas AJL 35 menerusi lagu Gila bersama Kaka Azraff dan Noki K-Clique.

Jelasnya, apa yang lebih penting semua orang sudah mengetahui keadaannya sekarang ini dan tidak seharusnya ia terus diperkatakan terutama sekali membabitkan perkahwinannya.

“Sepatutnya cerita yang lebih dalam orang luar pun tak perlu tahu. Asalkan orang yang lebih penting pun dah cukup, terutama yang memang mengenali sapa diri saya,” ujarnya,

Enggan mendedahkan tarikh sebenar perkahwinan mereka, namun Loca B menyatakan dia merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang cahaya mata sebelum berkahwin dengan Tuju. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Loca B (@kuning.langsat)

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button