Rancangan TVTV

Mencari Kanzun… Kembara Seluruh Negara Demi Menjejak Ilmuan Wanita

Mengembara ke seluruh negara dengan membuat pelbagai kajian mengenai  ilmuan wanita untuk dimuatkan dalam program Travelog terbaru Mencari Kanzun  sebenarnya memberikan cabaran besar kepada produksi Kembara Sufi Production Sdn. Bhd. sejak beberapa bulan yang lalu.

Apatah lagi dengan kekangan Perintan Kawalan Pergerakan (PKP) dan dalam masa yang sama perlu berwaspada dengan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan membuatkan semua kru produksi perlu berhati-hati.

Penerbit, Jaja Ishak berkata menganggap apa yang dilalui itu sebagai pengalaman yang sangat bermakna buat mereka memandangkan pelbagai cabaran terpaksa diharungi.

“Memang ini cabaran untuk kami menyiapkan Mencari Kanzun memandangkan pelbagai proses perlu dilakukan bagi menyiapkan program travelog ini. Bermula dengan proses mengenal pasti ilmuan wanita yang terpilih, kru produksi terutamanya penulis skrip perlu membuat kajian lapangan.

“Mereka bukan sahaja mengembara ke seluruh negara tetapi dalam masa yang sama terpaksa menjejaki waris memandangkan ada dalam kalangan ilmuan wanita yang diangkat sudah pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Menurut Jaja, idea untuk menghasilkan rancangan berkenaan tercetus daripada sesi perbicangan dengan salah seorang rakannya sebelum ini. Kebanyakan program yang diterbitkan sebelum ini banyak memberikan fokus kepada ilmuan lelaki dan ulamak sahaja tanpa dan jarang sekali memaparkan kehebatan kaum wanita.

Jelasnya, daripada idea tersebut, ia ‘dicanai’ oleh Thaqib Mohammad selaku penulis skrip yang memang sudah berpengalaman dalam penerbitan program seperti ini.

Menggunakan tema ‘meneroka kesinambungan keilmuan  wanita di negara sendiri’, sebenarnya Malaysia menyimpan seribu satu khazanah dan sejarah yang ternilai dan bakal didokumentasikan dalam Kanzun.

“Kita tidak membuat penggambaran secara sendirian, sebaliknya mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, beberapa Jabatan Agama Islam, Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu serta Jabatan Mufti di negeri terpilih.

“Mereka bukan sahaja memberikan maklumat lengkap mengenai ilmuan-ilmuan yang terpilih tetapi dalam masa yang sama memberikan input dan cadangan lain untuk menambah naik program ini,” tambahnya lagi.

Kanzun bakal ditayangkan 13 episod di RTM dan turut mendapat Geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Perbadanan Kemajuan Filem Negara Malaysia (Finas).

Sudah pasti dengan bantuan dan kepercayaan yang diberikan oleh Finas dan RTM membuatkan produksi bersemangat untuk menghasilkan karya yang terbaik namun masih mengikut lunas-lunas yang sepatutnya.

“Ini antara program yang lain daripada yang lain. Saya berterima kasih kepada Finas dan berharap karya ini akan menambat hati penonton seterusnya memberikan ilmu baharu kepada semua,” katanya.

Diarahkan oleh Abidin Azizi, Mancari Kanzun dikendalikan oleh Farisha Iris dan bakal menemui penonton tahun hadapan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button