Cerita ArtisHiburan

Miera Liyana Cuba Nasib Mengarah Telefilem

Pelakon Miera Liyana menambah satu lagi profil dalam bidang seni apabila kini sudah bergelar pengarah telefilem.

Menurut pelakon berusia 24 tahun ini, dia kini sedang mengarahkan telefilem terbitan Kuasatek Pictures berjudul La La Li Tamplom.

“Ini pengalaman pertama saya jadi pengarah.  Telefilem ini baru 30 peratus siap dan Miera sebenarnya pengarah bersama telefilem ini bersama Alif yang juga merupakan anak kepada pemilik Kuasatek, Mohd Noor Kadir.

“Telefilem ini mengisahkan kehidupan pelajar-pelajar kolej dan ia masih lagi dalam penggambaran,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media teater Kontena 404 di Istana Budaya, baru-baru ini.

Dalam teater komedi seram itu Miera akan bergandingan dengan Tauke Jambu dan Adam AF.

Ia bakal dipentaskan di Laman Sari Istana Budaya bermula esok sehingga Ahad ini.

Sementara itu ketika ditanya mengenai statusnya kini, Miera berkata dia masih solo selepas putus cinta dengan seorang anak kenamaan tahun lalu.

Miera kini mahu memberikan tumpuan kepada bidang perniagaan yang mana dia bakal melancarkan sebuah produk dalam masa terdekat.

Aktres kelahiran Johor Bahru itu bagaimanapun merahsiakan produk yang bakal dikeluarkannya sehingga tiba majlis pelancarannya kelak. – KopiPlanet.com

Kredit Foto:  Instagram Miera Liyana 
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button