AntarabangsaHollywood

Miley Luah Rasa Kecewa Cody Keluar Dengan Wanita Lain?

Hubungan cinta di antara Miley Cyrus dan Cody Simpson sekali lagi dilanda masalah apabila mereka dikatakan berantakan sekali lagi, baru-baru ini.

Malah Cody juga dilihat keluar dengan seorang model Playboy, Jordy Murray di New York, Sabtu lalu.

Mungkin kecewa dengan perkhabaran itu, Miley meluahkan perasaannya di laman Instagram dengan berkongsi lagu sedih nyanyiannya, Sad Christmas Song.

“Lagu Christmas yang sedih saya tulis beberapa tahun lalu. Rasa sedih sebab saya tidak boleh bersama dengan orang yang saya sayang. Walaupun rumah ini dipenuhi dengan keluarga dan rakan-rakan tapi saya masih rasa keseorangan,” tulis Miley.

Miley, 27, dan Cody, 22, mula berhubungan rapat sejak Oktober lalu selepas Miley berpisah dengan bekas suami, Liam Hemsworth, Ogos lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button