• FOLLOW US

Liam Hemsworth Dah ‘Move On’, Temui Pengganti Miley Cyrus

Setelah hampir dua bulan berpisah dengan bekas isterinya, Miley Cyrus, pelakon kelahiran Australia, Liam Hemsworth dikatakan sudah bertemu pengganti baharu.

Liam dilihat bermesra dengan aktres muda Maddison Brown, 22, yang merupakan pelakon drama bersiri Dynasty.

Pasangan itu dilihat berciuman mesra ketika berada di kawasan umum sekitar kota New York sekali gus mengesahkan Liam sudah pun ‘move on’ daripada perpisahannya dengan Miley.

Liam dan Miley berpisah pada pertengahan bulan Ogos lalu selepas Miley curang dengannya apabila menjalinkan hubungan sejenis dengan Kaitlynn Carter.

Hubungan Miley dan Kaitlynn tidak bertahan lama apabila mereka mengambil keputusan berpisah hanya beberapa minggu bercinta dan kini Miley dilaporkan sedang berpacaran dengan penyanyi Cody Simpson. – KopiPlanet.com

Miley Cyrus & Kaitlynn Carter Umum Sudah Putus Cinta

Penyanyi Miley Cyrus dilaporkan sudah putus cinta dengan kekasih sejenisnya, Kaitlynn Carter selepas sebulan menjalinkan hubungan serius.

Pasangan ini mula terbuka mengenai hubungan mereka selepas Miley berpisah dengan suaminya, Liam Hemsworth, awal Ogos lalu.

“Walaupun sudah berpisah, Miley dan Kaitlynn akan tetap terus bersahabat baik seperti sebelum ini. Hubungan mereka berantakan kerana Miley dikatakan tidak mahu menjalin hubungan secara serius buat masa ini kerana mahu memberikan fokus kepada kerjaya seninya terlebih dahulu,” kata sumber terdekat pasangan ini.

Miley berpisah dengan Liam selepas lapan mendirikan rumah tangga pada 23 Disember tahun lalu. Manakala Kaitlynn merupakan bekas kekasih kepada abang tiri Kendall dan Kylie Jenner. – KopiPlanet.com

Miley Cyrus Cacah Tatu Baharu Lepas Berpisah Dengan Liam Hemsworth

Sejak diumumkan sudah berpisah dengan suaminya, penyanyi Miley Cyrus buat pertama kalinya tampil di pentas MTV Video Music Awards semalam.

Menerusi majlis anugerah itu, Miley mempersembahkan single terbaharunya berjudul Slide Away. Apa yang menarik perhatian penonton ialah tatu baharu yang dicacah Miley di bahagian lengan kirinya.

Tatu itu seakan memberikan penjelasan kepada perasaan Miley sekarang yang bertulis, “Fikiran saya berasa takut tapi hati saya berasa sangat bebas.” Petikan ayat itu diambil menerusi lirik lagu The Thing nyanyian asal Pixies.

Ini merupakan tatu kedua yang dicacah Miley dalam masa sebulan, sebelum ini dia mendapatkan tatu di pergelangan tangan selepas pulang bercuti dengan kekasihnya, Kaitlynn Carter.

Miley menjalinkan hubungan sejenis dengan Kaitlynn selepas Kaitlynn mengesahkan dia sudah berpisah dengan suaminya, Brody Jenner.

Hubungan Miley dan Kaitlynn mendapat perhatian meluas selepas percutian mereka di Tasik Como, Itali baru-baru dikatakan menjadi punca kepada perpisahan Miley dan Liam.

Miley dan Liam berkahwin pada sambutan Krismas tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup. Mereka mula berkenalan ketika berlakon bersama dalam filem The Last Song yang diterbitkan pada 2009. – KopiPlanet.com

Miley, Ariana & Lana Del Ray Nyanyi Lagu Tema Charlie’s Angel

Tiga penyanyi popular iaitu Miley Cyrus, Ariana Grande dan Lana Del Ray telah dipilih menjadi penyanyi lagu runut bunyi bagi filem ‘reboot’ terbaharu Charlie’s Angel.

Menurut penerbit filem itu yang juga seorang pelakon, Elizabeth Banks berkata pemilihan ketiga-tiga penyanyi itu adalah bersesuaian dengan tema filem itu sendiri yang mengangkat topik kekuatan wanita.

“Saya rasa berbesar hati apabila ketiga-tiga penyanyi ini bersetuju untuk menyanyi lagu tema filem ini. Kami mengambil inspirasi daripada lagu tema terdahulu yang dinyanyikan kumpulan Destiny’s Child berjudul Independent Women. Buat masa ini saya tidak boleh dedahkan dulu tajuk lagu ini. Tak sabar rasanya nak bagi peminat dengar lagu penuh ini!” katanya memetik portal People.com.

Filem era baharu Charlie’s Angel itu akan dibarisi tiga pelakon muda iaitu Kristen Stewart, Ella Balinska dan Naomi Scott. Versi terdahulu Charlie’s Angel dilakonkan oleh Cameron Diaz, Drew Barrymore dan Lucy Liu.

Filem yang bakal ditayangkan pada bulan November tahun ini juga turut dibintangi Sir Patrick Stewart, Jonathan Tucker, Noah Centineo, Sam Claflin dan Djiman Hounsou. – KopiPlanet.com

Miley Cyrus Nafi Gosip Cerai, Rai Ulang Tahun Perkenalan Ke-10

Penyanyi Miley Cyrus, 27, menerusi paparan Instagram Stories-nya membawa peminat dan pengikutnya mengimbau kembali 10 tahun tempoh perkenalannya dengan suami, pelakon kelahiran Australia, Liam Hemsworth.

Paparan itu sekaligus melenyapkan khabar angin yang mendakwa rumah tangga mereka dalam masalah dan akan berantakan dalam masa terdekat.

Miley berkongsikan gambar perkenalan pertama ketika berkenalan menerusi filem The Last Song pada 2009. Dia turut memuat naik foto ciuman pertama mereka yang merupakan babak dalam filem tersebut.

“Mula kenal awak pada 2009. Selamat ulang tahun perkenalan ke-10 kita, sayang. Sesetengah perkara tidak berubah dan saya harap perasaan awak terhadap saya pun begitu juga,” tulisnya.

Pasangan ini pernah bertunang pada 2012 namun berpisah setahun kemudian. Namun hubungan mereka kembali terjalin pada 2016 sehingga membawa ke jinjang pelamin pada sambutan Krismas tahun lalu. – KopiPlanet.com

Ucapan Hari Jadi Miley Untuk Suami Bikin Peminat Cair

Jarang-jarang menunjukkan sisi romantiknya, penyanyi dan pelakon Miley Cyrus membuat kejutan dengan menulis luahan rasa berbaur romantis buat suaminya, pelakon Liam Hemsworth sempena hari lahirnya semalam.

Miley menulis surat cinta terbuka buat Liam yang rata-ratanya membuatkan netizen dan beberapa selebriti Hollywood turut cair dengan butiran yang dicatatkan menerusi surat digital itu.

Antara bait-bait yang dicoretkan pelantun The Climb itu, “Bila kita kali pertama bersua muka awak baharu sahaja berusia 19 tahun dan hari ini awak sudah mencecah usia 29 tahun.”

“Di sini saya nak kongsikan mengenai jejaka kesayangan saya ini sempena hari istimewa dia.

“Cara awak memandang saya, memandang binatang peliharaan kita, memandang keluarga awak, kawan-kawan, orang asing dan cara awak melihat kehidupan.

“Saya suka cara awak yang pantas pergi ke luar rumah untuk tengok keadaan cuaca bila saya tanya pasal cuaca hari ini daripada memeriksanya di telefon awak.

“Saya suka cara awak mengendalikan semua perkara mengikut cara awak tapi awak tak pernah malu untuk meminta bantuan sekiranya memerlukan.

“Saya suka melihat stokin kotor awak di lantai kerana saya tahu pada ketika itu awak sudah balik ke rumah dan saya juga suka bila awak perkenalkan saya dengan band baharu supaya bila awak berada jauh di sisi, saya boleh dengar lagu band tersebut dan merasakan seolah-olah awak berada di sebelah.

“Saya cintakan awak. Saya hormat awak dan awak juga menghormati saya. Terima kasih kerana menggembirakan saya selama ini,” tulis Miley.

View this post on Instagram

HBD 2 Da Hubz

A post shared by Miley Cyrus (@mileycyrus) on

Surat cinta Miley itu menerima lebih daripada 1.2 juta tanda suka daripada netizen setakat ini.

Pasangan ini telah berkahwin pada 23 Disember lalu di kediaman mereka di Tennessee, Amerika Syarikat.

Miley dan Liam bertemu pada 2009 selepas digandingkan menerusi filem romantik The Last Song. Setahun selepas terlibat dalam filem tersebut, mereka kemudiannya menghebahkan hubungan kepada umum.

Mereka sempat bertunang sebelum memutuskan hubungan pada 2013. Miley dan suami kemudiannya berbaik semula pada 2016 sehingga membawa kepada pengakhiran bahagia pada Disember lalu. – KopiPlanet.com

Kawan Kantoikan Miley Dan Liam Dah Kahwin Senyap-Senyap?

Pasangan pelakon Miley Cyrus dan Liam Hemsworth dikhabarkan sudah berkahwin secara senyap-senyap semasa sambutan Krismas, semalam.

Hal itu menjadi hangat apabila rakan baik pasangan itu, Conrad Jack berkongsi gambar Miley memakai gaun putih dan Liam bertuxedo hitam sambil memegang pisau untuk memotong kek di hadapan mereka.

Rata-rata beranggapan pasangan itu telah mendirikan rumah tangga secara rahsia bagi mengelak menjadi tumpuan media dan paparazi.

Namun sehingga kini, wakil pengurusan kedua-dua pelakon itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kesahihan perkara tersebut.

Sebelum ini, beberapa media antarabangsa melaporkan pada bulan Mac lalu Miley ada merancang untuk mengadakan majlis pernikahan secara tertutup.

Miley dan Liam berkenalan pada 2009 selepas digandingkan menerusi filem romantik The Last Song. Pasangan ini kemudiannya mengambil keputusan bertunang pada 2016 selepas melalui beberapa episod perpisahan sebelum ini. – KopiPlanet.com

Liam Hemsworth Kongsi Video Lucu, Tepis Gosip Berpisah Dengan Miley

Pelakon Liam Hemsworth memuat naik sebuah klip video berdurasi 10 saat menerusi Instagram Story baru-baru ini sekali gus menutup khabar angin mendakwa dia sudah berpisah dengan tunangnya, penyanyi dan pelakon Miley Cyrus.

Menerusi video itu, Liam dan Miley sedang menari dalam kereta menunjukkan aksi mesra mereka berdua kepada lebih 10 juta pengikut Instagram aktor berkenaan.

Sebelum ini gosip hangat bertebaran mendakwa pasangan ini berpisah susulan Miley yang dikatakan enggan mempunyai anak dalam masa terdekat berbeza dengan Liam yang mahu segera menimang cahaya mata.

Perkara itu dikatakan membawa kepada perbalahan sehingga menyebabkan mereka berpisah.

Namun gosip terbabit segera terjawab apabila Liam berkongsi video itu bagi merungkai persoalan tersebut.

Liam, 28, dan Miley, 26, bertemu buat kali pertama ketika digandingkan menerusi filem The Last Song pada 2010.

Sejak itu mereka mula berpacaran dan mengikat tali pertunangan dua tahun kemudian.

Mereka bagaimanapun berpisah selepas itu sebelum Miley dikaitkan bercinta dengan Patrick Schwarzenegger manakala Liam dengan Maika Monroe dan Eiza Gonzalez.

Pada 2016, pasangan ini kembali bersatu sebagai kekasih dan ketika ditanya pihak media adakah Liam menyesal berpisah dengan Miley, aktor itu menjawab, “Pastinya perpisahan itu satu perkara yang sukar. Tapi pada ketika itu kami mempunyai berlainan matlamat dan tujuan hidup. Kini semuanya sudah tertulis untuk kami berbaik semula dan kembali bercinta.” – KopiPlanet.com

Miley Cyrus, Liam Hemsworth Semakin Hampir Berkahwin

Pasangan popular Hollywood, Miley Cyrus dan tunangnya, Liam Hemsworth kini dilaporkan sedang rancak mengadakan persiapan bagi meraikan hari bahagia mereka.

Walaupun pernah berpisah sebelum ini namun pasangan itu kali ini kelihatan sangat serius untuk mendirikan rumah tangga dan menjalani kehidupan berkeluarga.

“Mereka dilamun cinta sejak sembilan tahun dan sudah lama sebenarnya ingin melangkah ke fasa seterusnya namun sebelum ini ada pelbagai halangan antaranya kerjaya mereka.

“Kini mereka sudah merancang untuk melangkah ke jinjang pelamin namun ia akan dilakukan secara tertutup,” kata satu sumber memetik laman Celebrity Insider.

Bagi mempersiapkan dirinya untuk bergelar isteri, Miley dikatakan sudah mula berhenti daripada menghisap ganja yang selama ini menjadi tabiatnya.

“Bagi mengambil hati bakal mertuanya, Miley sudah pun berhenti daripada mengambil barang-barang terlarang. Ibu bapa Miley juga sangat bersetuju dengan bakal suami yang bakal dikahwini anak kesayangan mereka itu,” kata sumber itu lagi.

Khabar angin mengenai persiapan perkahwinan mereka mula tersebar selepas kedua-duanya mula memakai cincin yang sama di jari manis masing-masing, baru-baru ini.

Menurut sumber itu lagi, Miley teringin mengadakan majlis perkahwinan idamannya di sebuah ladang.

“Miley merupakan seorang yang sangat perahsia. Dia hanya akan bercerita kepada rakan-rakannya ketika majlis itu semakin hampir sahaja. Penyanyi itu mahu memastikan segalanya berjalan seperti mana yang diidamkannya,” kata sumber itu. – KopiPlanet.com