AntarabangsaHollywood

Miley Cyrus Putus Cinta Dengan Kekasih Muda, Cody Simpson

Penyanyi Miley Cyrus dilaporkan sudah putus cinta dengan teman lelakinya, Cody Simpson yang juga merupakan seorang penyanyi dan komposer lagu.

Perpisahan itu dikatakan didedahkan oleh Cody kepada sumber terdekatnya yang kemudian membongkarkan perkara tersebut kepada pihak media.

Miley, 28, dan Cody, 23, mula berpacaran pada Oktober tahun lalu selepas Miley putus cinta dengan teman sejenis, Kaitlynn Carter.

Pasangan itu dilaporkan menetap bersama sepanjang tempoh kuarantin dan gembiran menghabiskan masa berdua-duaan.

Malah sumber itu turut mengatakan Miley sangat menyenangi kehadiran Cody kerana dia sentiasa berasa selamat apabila bersama dengan jejaka tersebut.

Miley sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor Liam Hemsworth namun hubungan mereka terlerai apabila Miley dikatakan curang dengan Kaitlynn ketika dia masih bergelar isteri Liam. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button