• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Miley Cyrus Nafi Gosip Cerai, Rai Ulang Tahun Perkenalan Ke-10

Penyanyi Miley Cyrus, 27, menerusi paparan Instagram Stories-nya membawa peminat dan pengikutnya mengimbau kembali 10 tahun tempoh perkenalannya dengan suami, pelakon kelahiran Australia, Liam Hemsworth.

Paparan itu sekaligus melenyapkan khabar angin yang mendakwa rumah tangga mereka dalam masalah dan akan berantakan dalam masa terdekat.

Miley berkongsikan gambar perkenalan pertama ketika berkenalan menerusi filem The Last Song pada 2009. Dia turut memuat naik foto ciuman pertama mereka yang merupakan babak dalam filem tersebut.

“Mula kenal awak pada 2009. Selamat ulang tahun perkenalan ke-10 kita, sayang. Sesetengah perkara tidak berubah dan saya harap perasaan awak terhadap saya pun begitu juga,” tulisnya.

Pasangan ini pernah bertunang pada 2012 namun berpisah setahun kemudian. Namun hubungan mereka kembali terjalin pada 2016 sehingga membawa ke jinjang pelamin pada sambutan Krismas tahun lalu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend