AntarabangsaHollywood

Miley Cyrus Cacah Tatu Baharu Lepas Berpisah Dengan Liam Hemsworth

Sejak diumumkan sudah berpisah dengan suaminya, penyanyi Miley Cyrus buat pertama kalinya tampil di pentas MTV Video Music Awards semalam.

Menerusi majlis anugerah itu, Miley mempersembahkan single terbaharunya berjudul Slide Away. Apa yang menarik perhatian penonton ialah tatu baharu yang dicacah Miley di bahagian lengan kirinya.

Tatu itu seakan memberikan penjelasan kepada perasaan Miley sekarang yang bertulis, “Fikiran saya berasa takut tapi hati saya berasa sangat bebas.” Petikan ayat itu diambil menerusi lirik lagu The Thing nyanyian asal Pixies.

Ini merupakan tatu kedua yang dicacah Miley dalam masa sebulan, sebelum ini dia mendapatkan tatu di pergelangan tangan selepas pulang bercuti dengan kekasihnya, Kaitlynn Carter.

Miley menjalinkan hubungan sejenis dengan Kaitlynn selepas Kaitlynn mengesahkan dia sudah berpisah dengan suaminya, Brody Jenner.

Hubungan Miley dan Kaitlynn mendapat perhatian meluas selepas percutian mereka di Tasik Como, Itali baru-baru dikatakan menjadi punca kepada perpisahan Miley dan Liam.

Miley dan Liam berkahwin pada sambutan Krismas tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup. Mereka mula berkenalan ketika berlakon bersama dalam filem The Last Song yang diterbitkan pada 2009. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button