• FOLLOW US
Event, Hiburan

Miliki Syarikat Pengurusan Artis, Dr. Irma Pernah Ditipu Puluhan Ribu Ringgit

Memiliki latar belakang sebagai doktor gigi, Dr Irma Shida mengakui pernah kerugian puluhan ribu ringgit gara-gara ditipu ketika baharu berjinak-jinak dalam bidang pengurusan artis.

Menyifatkan apa yang berlaku di awal-awal pembabitannya dalam dunia hiburan sebagai satu pembelajaran yang tidak ternilai, Dr Irma tekad meneruskan impiannya dan berharap Dr. Irma Entertainment boleh berdiri sebaris dengan syarikat pengurusan artis yang berjaya.

“Saya memang ‘zero knowledge’ dalam bidang seni dan sudah tentunya pada awal-awal pembabitan, saya ada juga ditipu bila saya dijanjikan benda yang tiada sedangkan sudah pun keluarkan modal dan ia telah menyebabkan saya kerugian puluhan ribu ringgit.

“Tapi ia tidak menjadikan saya putus asa dalam membangunkan syarikat dan Alhamdulillah, sekarang semua sudah berjalan lancar dan setakat ini kami sudah ada tiga artis residen dan ia akan dikembangkan lagi di masa akan datang,” katanya.

Dia berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Dr. Irma Entertainment yang berlangsung di D’Kayangan Steamboat & Grill, Shah Alam, baru-baru ini.

Ujarnya, walaupun bidang baharu yang diceburinya itu berlainan dengan latar belakang akademiknya, namun disebabkan minat mendalam dalam bidang seni, dia telah berjaya menubuhkan syarikat Dr. Irma Entertainment.

Dalam pada itu, Dr. Irma turut  menganjurkan majlis berbuka puasa yang disertai seramai 20 kanak-kanak kurang bernasib baik dari Pusat Jagaan Lambaian Kasih, Kampung Sungai Penchala, Petaling Jaya dan menerima sumbangan duit raya.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan pentas daripada Ray Asri, Jiha Akhir dan bekas finalis Mentor, AJ Azril yang juga merupakan artis naungan Dr. Irma Entertainment . – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram & Facebook Dr. Irma

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend