Rancangan TVTV

MPOP! Program Hiburan Infotainment, Lebih Tumpu Kepada Gaya Hidup

Sejak mula bersiaran pada bulan Januari lalu, program hiburan MPOP! terbitan Media Prima antara yang mendapat sambutan penonton.

Penerbit MPOP, Mohd Jamira Ramli berkata, biarpun ia merupakan sebuah program berbentuk hiburan, ia agak berbeza berbanding program hiburan lain seperti Mbuzz atau Melodi.

“MPOP! bukan bertujuan untuk bersaing dengan Mbuzz ataupun Melodi, sebaliknya ia melengkapkan lagi rantaian program hiburan di rangkaian televisyen Media Prima kerana berita hiburan seharusnya disampaikan secara cepat dan tepat kepada para penonton.

“Berbanding dengan kedua-dua program berkenaan yang menjurus kepada cerita dan gosip panas artis, MPOP! sebaliknya berkongsikan tentang gaya hidup menerusi infotainment kepada penonton,” ujarnya.

Jelasnya, sebagai sebuah program untuk anak-anak muda, MPOP! turut membariskan tiga orang pengacara muda yang cukup bertenaga iaitu Harris Alif, Hani Fadzil dan Nina Nadira untuk memberikan sentuhan yang lebih hip dan segar.

Sementara itu, Jamira menjelaskan sepanjang negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan.

“Ketika negara sedang menjalani (PKP), program MPop! diteruskan dengan mengubahsuai temu bual artis menerusi interbiu atas talian supaya penonton terus diberikan info terkini dari industri hiburan dan fesyen,” jelasnya.

Memaparkan berita hiburan, gosip, fesyen dan tips gaya hidup terkini dalam program infotainment, MPOP! bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Rabu di TV3, 12.55 tengah hari dan TV9, 8.30 malam selama 5 minit.

Selain itu, penonton juga dapat menyaksikan episod penuh (extended version) di laman sesawang www.tonton.com.my pada hari yang sama bermula 2.00 petang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button