Cerita ArtisHiburan

Muat Naik Status Meragukan, Ujang Nafi Rumah Tangga Bermasalah

Pemain dram kumpulan Exist, Saharudin Saniman atau Ujang, 46, menafikan dia mempunyai masalah rumah tangga dengan isterinya.

Menurutnya, isu itu timbul selepas dia selalu memuat naik status meragukan mengenai status dirinya di laman sosial sejak beberapa bulan lalu.

“Apa yang saya tulis ini hanya sekadar suka-suka dan gurauan semata-mata dan tidak ada maksud yang tersirat. Namun saya tidak nafikan isteri turut merajuk dengan status yang ditulis.

“Secara jujurnya, saya tidak ada niat untuk menyakiti hatinya kerana niat menulis ini sekadar gurauan sahaja dengan anak-anak,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kayu dram siri signature Promark di JS Music, Jalan Imbi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Malah, Ujang turut menjelaskan dia sudah pun memohon maaf kepada isterinya dan berjanji tidak akan mengulangi hal sebegitu lagi.

“Saya sudah menjelaskan kepada isteri dan memohon maaf mengenai perkara ini. Hubungan kami masih seperti dulu, tiada apa pun yang berlaku. Saya rasa lepas ini saya kena tarik balik status-status tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ujang turut melahirkan perasaan terujanya apabila namanya dipilih untuk berkolaborasi dengan jenama pembuatan stik dram popular dunia iaitu Promark.

Menurutnya lagi, sepanjang 28 tahun dirinya bergelar pemain dram profesional, ini merupakan momen yang paling manis dalam hidupnya.

“Sudan tentu saya teruja dengan kolaborasi ini dan sebanyak 144 stik dram yang memaparkan tanda tangan saya akan dijual pada harga RM79.90 seunit.

“Sebagai pemain dram saya memang mementingkan stik yang berkualiti agar kita dapat memberikan persembahan terbaik,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button