• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Muncul Dengan Single Maaf, Adira Tak Kisah Digelar Ratu OST

Selepas muncul dengan single duet bersama Hafiz Suip berjudul Takdir Tercipta, penyanyi Adira Suhaimi, 29, kini mengorak langkah dengan menampilkan single terbaharu, Maaf.

Maaf merupakan lagu tema yang melatari drama Maaf Tak Indah yang dilakonkan Azlee Khairi, Azar Azmi, Fizo Omar dan Ruhainies. Maaf Tak Indah ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3.

Sementara itu, mengulas mengenai imej sebagai Ratu Soundtrack yang diberikan kepadanya, Adira berkata perkara itu membuatkan dirinya terus kekal relevan dalam bidang seni suara tempatan.

“Saya tidak kisah dipanggil sebagai Ratu Soundtrack kerana menganggap peluang itu pun sebagai rezeki juga. Bukan mudah sebenarnya seseorang penyanyi untuk dipilih menyanyikan lagu runut bunyi yang akan dimainkan berulang kali di kaca televisyen.

“Jika hendak mempromosikan sendiri di kaca tv, mungkin ia akan menelan kos yang tinggi. Jadi saya menganggap peluang ini sebagai salah satu strategi promosi. Selain di corong radio, peminat juga boleh mendengarkan lagu saya hampir setiap hari di tv,” katanya.

Maaf merupakan hasil ciptaan komposer Ikhwan Fatanna Wan Saleh. Maaf adalah single solo kedua penyanyi kelahiran Ranau, Sabah itu bersama Nova Music selepas Pujaan Hati yang menjadi runut bunyi drama Pujaan Hati Kanda yang dilakonkan Remy Ishak dan Mira Filzah.

Maaf kini sudah boleh didapati menerusi semua aplikasi penstriman muzik termasuk Spotify, Apple Music, Joox, KK Box dan Deezer. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend