• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Muzik Video Neon Band Dapat Sentuhan Pengarahan Umie Aida

Muncul dengan single ketiga berjudul Kaca, kumpulan Neon Band berbesar hati apabila muzik video lagu tersebut mendapat sentuhan pengarahan daripada pelakon popular, Datin Seri Umie Aida.

Vokalis kumpulan itu, Ezwan Arif berkata pengalaman bekerja dengan Umie merupakan satu pengalaman baharu dan menarik buat mereka berenam.

“Dua single sebelum ini kami hanya ada video lirik sahaja. Kali ini, ia berbeza apabila syarikat rakaman iaitu Seventeen Eleven menerbitkan MV.

“Sesuatu yang membanggakan buat kami juga apabila MV ini diarahkan oleh Datin Seri Umie Aida. Ini pertama kali kami berjumpa dan bekerjasama.

“Jalan cerita MV adalah hasil perbincangan bersama. Selepas Umie mendengar lagu ini, dia terus dapat gambaran mengenai jalan cerita yang ingin diketengahkan.

“Bekerja di bawah arahan Umie agak menakutkan. Dia seorang yang ‘legend’. Memandangkan kami tak boleh berlakon, apatah lagi saya yang terbabit dalam banyak babak, dia memang tegas.

“Kami cuba juga buat apa yang diinginkan. Selagi tak betul, kami akan buat. Sepanjang hampir dua hari penggambaran, dia tak pernah menjerit, tapi dia jelingkan saja,” katanya berseloroh.

Selain Ezwan, Neon Band yang ditubuhkan pada tahun 2017 turut dianggotai Adam (gitaris), Shafique Sharif (gitaris), Azuad Abdullah (drummer), Daniel (keyboardist) dan Naim (bassist). – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend