AntarabangsaKpop

MV Boy With Luv BTS Catat Lebih 1 Bilion Tontonan Di Youtube

Kumpulan BTS terus mencatatkan kejayaan apabila muzik video (MV) Boy With Luv kini sudah melebihi 1 bilion tontonan di Youtube.

MV Boy With Luv yang merupakan single BTS dengan penyanyi antarabangsa Halsey itu mula dimuat naik di saluran rasmi Youtube BTS pada April tahun lalu.

Boy With Luv merupakan lagu kedua dendangan BTS yang berjaya mencecah lebih 1 bilion tontonan selepas MV lagu DNA yang turut merekodkan kejayaan sama pada 5 Oktober lalu.

Single terbaharu mereka, Dynamite pula berjaya bergelar lagu penyanyi Asia pertama yang berjaya menduduki tempat pertama carta muzik Amerika Syarikat, Billboard pada Ogos lalu.

BTS yang memulakan karier seni mereka sejak Jun 2013 dianggotai tujuh ahli iaitu V, RM, Jimin, Jungkook, Suga, J-Hope dan Jin. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button