Cerita ArtisHiburan

Mya Ruslee Meninggal Dunia Akibat Penyakit Kanser

Penyanyi Syura Badron dan Haiza Hanafi mengesahkan berita kematian penyanyi Mya Ruslee atau nama sebenarnya, Myanaliza Ruslee, 44, menerusi laman Instagram mereka, sebentar tadi.

Memuatnaik gambar penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Matahari itu, Syura dan Haiza menitipkan ucapan takziah di atas pemergian Mya.

Mya dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit kanser yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Penyanyi kelahiran Johor Bahru itu dipercayai menghembuskan nafas terakhir di salah sebuah hospital di Sungai Buloh, Selangor pada jam 4 petang tadi.

Mya pernah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009 namun bercerai 17 Ogos 2015, tanpa dikurniakan cahaya mata.

Allahyarham juga pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza musim kelima yang bersiaran pada tahun 2018. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button