Cerita ArtisHiburan

Nama Disalahguna Akaun Instagram Palsu, Zalif Sidek Buat Laporan Polis

Pelakon Zalif Sidek telah membuat satu laporan polis semalam apabila namanya telah disalahgunakan untuk satu akaun Instagram palsu.

Zalif menerus kenyataan di Instagram miliknya menyatakan, dia mengesyaki perbuatan tersebut dilakukan oleh scammer yang bertujuan untuk memperdayakan orang lain.

“Tolong Jangan Terpedaya! Inilah jawapan persoalan yang kawan-kawan DM saya dari semalam kenapa saya buat laporan polis. Saya telah menerima text mesej Instagram dari beberapa kawan saya bahawa diaorang menghantar beberapa gambar screenshot akaun Instagram bernama Zalifsidek_ atau Sidekzalif yang diciptakan atas nama saya sedangkan akaun IG tersebut bukan milik saya.

“Saya syaki akaun IG tersebut telah menggunakan nama saya untuk memperdayakan orang lain, menipu & scammer orang lain. Tengok no telefon pun tak tahu negara mana! Bodoh punya SCAMMER!” tulisnya.

Pelakon itu juga meminta agar rakan-rakan dan kenalannya di Instagram atau media sosial lain untuk membuat laporan beramai-ramai terhadap akaun Instagram palsu berkenaan.

“Selain dari akaun official ig sy @zalifsidek tak ada sebarang akaun lain,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Zalif Sidek

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button