
Nama Rihanna Diabadikan Atas Jalan Di Barbados
Sejajar dengan kemasyhuran yang ditempa penyanyi antarabangsa Rihanna, pihak kerajaan tempatan di negara kelahirannya di Barbados berbesar hati meletakkan nama penyanyi berusia 29 tahun itu di sebatang jalan di negara tersebut.
Rihanna meraikan hari bersejarah dalam kerjaya seninya itu dengan memuat naik foto di laman Instagram beserta kapsyen, “Hari yang paling saya tidak akan dapat lupakan. Terima kasih di atas sokongan semua terutama buat penduduk di tempat kelahiran saya.”
Rihanna Drive dulu dikenali dengan nama Westbury New Road. Jalan itu diberikan nama Rihanna kerana sebahagian besar zaman kanak-kanaknya banyak dihabiskan di situ.
Selain menjadi kebanggaan Barbados, Rihanna turut berpesan kepada peminatnya di sana agar sentiasa bercita-cita tinggi agar dapat meraih kejayaan seperti mana yang dikecapinya kini. – KopiPlanet.com