Cerita ArtisHiburan

Naufa Tampil Dengan Single Pengenalan Tiada Untukmu

Penyanyi baharu, Naufa atau nama sebenarnya, Nor Fatihah Taib, 24, tampil dengan single pengenalannya, Tiada Untukmu bagi menapakkan namanya dalam industri seni muzik tanah air.

Lagu bergenre pop rock itu merupakan hasil ciptaan sepenuhnya, El Hadam yang mengisahkan tentang seorang isteri yang sering dicurangi oleh suaminya dan tidak menghargai peluang kedua yang diberikan.

“Mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini adalah hargai seseorang yang benar-benar ikhlas mencintai kita kerana apabila sekali seseorang itu ‘move on’, tiada lagi tempat atau peluang kedua,” ujar Naufa.

Bercerita mengenai single pertama Naufa, dia berharap lagu ini diterima baik pendengar dan menyokong permulaan untuknya mengembangkan bakat di persada seni.

Lirik video rasmi Tiada Untukmu edaran Media Asia Production Sdn Bhd (Map Music) ini telah dilancarkan sejak bulan lalu di saluran Youtube dan juga boleh didapati di kesemua platform digital muzik seperti Joox, Spotify, iTunes, KKBox , Deezer dan Apple Music. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button