Cerita ArtisHiburan

Neelofa Sah Letak Jawatan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Air Asia

Syarikat penerbangan terkemuka negara AirAsia Bhd hari ini telah mengumumkan pelakon dan pengacara TV popular Noor Neelofa Mohd Noor meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya.

Menerusi laporan daripada Bernama, AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata syarikat itu menerima notis peletakan jawatan bertarikh 17 Ogos 2020, daripada Neelofa pada hari ini (19 Ogos).

Menurut kenyataan syarikat itu, Neelofa menyatakan ’komitmen peribadi lain’ sebagai alasan bagi peletakan jawatan beliau.

Sebelum Ini, Neelofa, 31, telah dilantik menganggotai lembaga pengarah AirAsia pada 8 Disember 2017. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button