
Nelydia Tarik Diri Saat Akhir, Pengarah Cari Pengganti Watak Juita
Pengarah Shahrulezad Mohameddin menyatakan dia kini sedang mencari pengganti untuk watak Juita bagi drama bersiri Nur 2 yang akan menjalani penggambaran pada bulan hadapan.
Shahrulezad berkata, pencarian pengganti watak berkenaan terpaksa dilakukan memandangkan pelakon asal untuk watak itu, Nelydia Senrose menarik diri saat-saat akhir.
“Hi guys. Officially abam nak announce yang @nelydiasenrose tak jadi join cast of #NUR2 due to her personal reason which is abam respect lah. Mungkin watak tu terlalu daring utk dia yg sedang mengerjakan umrah sekarang.
“So hmm…entahlah…serabut abam nak fikir saper nak ganti. Last minute sangat dah. Lantak lah. Korang boleh tolong fikirkan tak saper nak nak jadi Juita ni? Susah susah kang biar aku jer pegang watak tu kang. With good lighting abam rasa macam boleh masuk jer provided suara kena dubbing lah 😂😂😂 hahaha…gelak gelak jugak. Aku stress ni,” luahnya.
Luahan berkenaan dibuat oleh pengarah berkenaan menerusi laman sosial Instagram miliknya dengan turut dipaparkan perbualannya menerusi Whats App dengan pelakon tersebut.
Dalam pada itu, menerusi perbualan itu juga, Nelydia menjelaskan dia terpaksa menolak tawaran itu saat akhir setelah tidak mendapat persetujuan daripada keluarganya.
“Mmmm. B dah bincang and talk to my family and they don’t agree and let me bawak watak Juita. B pun rasa lepas balik umrah ni for me to bawak watak Juita is too heavy,” jelasnya. – KopiPlanet.com
Foto: Instagram Nelydia Senrose & Shahrulezad