Cerita ArtisHiburan

Netizen Pertikai Tindakan Ibu Neelofa Daftar Nama Daging ‘Harimau Menangis’ Di MyIPO

Ketika ini, ramai yang menjalankan perniagaan makanan sejuk beku daging harimau menerusi pelbagai jenama yang ada di pasaran.

Tidak terkecuali juga ibu kepada pengacara dan pelakon Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang turut menjual daging tersebut di bawah jenama Aunty Tini Kitchen.

Bagaimanapun, tindakan Ibu Neelofa yang telah bertindak dengan mendaftar nama ‘Daging Harimau’ menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dikatakan mendatangkan rasa kurang senang segelintir netizen.

Menerusi Twitter, terdapat ramai yang tidak berpuas hati kerana nama ‘Daging Harimau’ telah digunakan sejak sekian lama.

“Nama daging harimau menangis ni dah berzaman orang guna, dapat kat mak niqabis ni terus dia trademark kan nama tu macam dia yang start nama tu.

“Business tak business, sekarang ni musim Covid kot. Ramai small business owner cari makan buat daging ni,” ujar seorang pengguna twitter menggunakan nama @azrulhaqim.

Semalam juga telah viral sekeping gambar yang memaparkan permohonan yang telah diisi oleh Noor Kartini berkenaan dengan penggunaan nama ‘Daging Harimau’ tersebut.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan permohonan berkenaan masih belum diluluskan.

Malah, ada yang mengatakan bahawa common words seperti perkataan berkenaan tidak boleh didaftarkan.

Selain itu, ada juga yang meminta supaya orang ramai membuat bantahan mengenai perkara tersebut.

“Kita boleh buat bantahan dari org awam. Dia filekan ni baru bulan 11. Sila email ke myipo kalau betul2 serious tak nak tm ni register.

“Normally TM akan siap in 6 months. Now dah 4 months. Maybe nak call diorang tak kerja dah esok, so email saja. Cari kat google myipo,” ujar pemilik akaun Twitter bernama @azrulhaqim. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Noor Kartini

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
2
+1
3
+1
4
+1
20

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button