Cerita ArtisHiburan

Penyanyi & Peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne Meninggal Dunia

Selepas beberapa hari tidak sedarkan diri dan dirawat di unit rawatan rapi, penyanyi dan peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne telah disahkan meninggal dunia.

Berita sedih tersebut telah dikongsikan oleh wakil syarikat Sony Music Malaysia, Vea Norman.

“Assalamuailaikum dan selamat sejahtera. Saya Veea Norman mewakili pihak Sony Music Entertainment Malaysia Sdn.Bhd ingin mengesahkan Sandra Dianne telah meninggal dunia pada hari ini Jumaat, 11 September 2020 pada jam 1.00 pagi di Hospital Putrajaya. Jenazah akan dibawa pulang ke Sabah dan akan dikebumikan di Kg. Kauluan, Tuaran Sabah.

“Pihak keluarga Sandra memohon untuk semua mendoakan agar segala urusan pengembumian dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihak Sandra jika ada salah dan silap. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah,” jelasnya.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan terlibat dalam satu kemalangan pada Sabtu lalu.

Akibat kemalangan tersebut, Sandra dikatakan telah mengalami kecederaan di kepala dan kini dalam keadaan tidak sedarkan diri dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button