Rancangan TVTV

Telefilem Kelab Gentlemen Tribute Untuk Hari Pahlawan 2020

Kolaborasi istimewa antara Media Prima Berhad dan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEVATM) untuk menyemarakkan lagi Kempen Tabung Pahlawan 2020 bersama-sama dengan Telekom Malaysia (TM) mempersembahkan telefilem Kelab Gentlemen yang bakal menemui penonton TV3 pada Sabtu ini, jam 9.00 malam.

Kelab Gentlemen diarahkan oleh Gavin Yap, telefilem berdurasi 90 minit ini membariskan pelakon hebat tanah air seperti Datuk Rahim Razali, Sabri Yunus, Azman Hassan, Vanidah Imran, Siti Farah Abdullah dan Aiman Hakim Ridza.

Perwira hasil ciptaan Aubrey Suwito dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Sdn Bhd, Datuk Ahmad Izham Omar, dinyanyikan oleh penyanyi bersuara soprano Ning Baizura juga terpilih sebagai lagu OST telefilem ini.

Pengarahnya, Gavin Yap berkata, “Kelab Gentlemen mempunyai jalan cerita yang menarik kerana ia mengisahkan nilai sentimental veteran ATM. Mereka tidak mengharapkan pingat dan pangkat tetapi mereka tidak mahu ketinggalan meraikan Hari Pahlawan yang membawa signifikasi kepada mereka.”

“Pengalaman bekerja dengan tiga pelakon legenda yang berkarisma iaitu Datuk Rahim Razali, Sabri Yunus dan Azman Hassan amat menyenangkan saya. Bagi pihak produksi, kami berharap penonton dapat menerima yang ingin disampaikan oleh kami dengan positif dan memberi penghormatan atas pengorbanan para perajurit negara dan veteran ATM,” katanya.

Kelab Gentlemen mengisahkan tiga pesara perajurit negara yang kini tinggal di sebuah rumah jagaan warga tua. Di Rumah Selimut Baldu, dua penghuninya, Hassan (Azman Hassan) dan Oz (Sabri Yunus) berkongsi satu persamaan yang sangat istimewa bagi mereka kerana kedua-duanya merupakan pesara perajurit negara. Hassan merupakan bekas Pegawai Komunikasi, Oz pula bekas Pegawai Waran.

Hassan seorang yang suka berjenaka dan selalu mengenakan Oz. Apabila Kapten Kamal (Rahim Razali) mendaftarkan diri sebagai penghuni baharu di rumah jagaan tersebut, Hassan dan Oz sangat teruja. Kapten Kamal merupakan seorang legend dalam kalangan ATM kerana dia seorang yang kuat dan tabah. Oleh kerana keinginannya yang ingin hidup bebas, Kapten Kamal berkali-kali melarikan diri dari setiap rumah jagaan yang pernah dihuninya, sehingga beliau diberikan gelaran “Slippery Kamal” dan “The Escape Artist”.

Oz mempunyai bakat terpendam yang mampu memecah masuk apa jua jenis kenderaan termasuklah kereta kebal tentera. Oz seorang yang mudah melatah dan dia akan menjerit ketika menonton rancangan TV hanya kerana terlalu bosan.

Kehadiran Kapten Kamal telah mengingatkan Oz tentang keinginannya dan dia mula memikirkan misi baharu dalam hidupnya. Mereka berpakat untuk menyelinap keluar dari rumah jagaan itu kerana ingin menyaksikan Perbarisan Hari Pahlawan. Masing-masing menyimpan sebuah rahsia yang tidak diketahui oleh rakan-rakannya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button