Cerita ArtisHiburan

Video Asal Kau Bahagia Ditonton 160 Juta Kali

Sesuatu yang cukup menakjubkan apabila sebuah video lirik berjudul Asal Kau Bahagia yang dinyanyikan oleh band dari Indonesia, Armada Band ditonton sebanyak 160 juta kali!

Boleh dikatakan jumlah tontonan tersebut biasanya mampu dicapai oleh penyanyi-penyanyi antarabangsa dari Barat, namun agak mengejutkan apabila lagu ini juga mampu mencatat jumlah tontonan yang tertinggi sejak dimuat naik di YouTube pada bulan Februari lalu.

Serba sedikit tentang kumpulan Armada Band, kumpulan yang mula bergiat aktif dalam dunia muzik Indonesia sejak tahun 2007 itu dianggotai oleh Rizal (vokalis), Radha (gitar), Mai (gitar), Andit (drum), dan Endra (bass).

Rizal selaku pencipta lagu berkenaan mendedahkan rahsia bahawa lagu yang menceritakan tentang kecurangan itu sebenarnya adalah inspirasi daripada kejadian yang pernah berlaku.

“Ini merupakan pengalaman peribadi yang terjadi dahulu. Namun, tidak semestinya saya sahaja yang pernah melaluinya, sudah tentu ia turut dialami oleh sebilangan orang,” dedahnya.

Ungkapnya, sesuatu yang menarik tentang sambutan hangat terhadap lagu ini apabila ia akan diadaptasi ke layar perak.

Dilaporkan sebelum ini bahawa syarikat produksi Falcon Picture dan Dapur Film milik Hanung Bramantyo yang akan mengadaptasi lagu tersebut ke filem. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button