Dengan sekali lafaz, Zamani Ibrahim telah selamat menamatkan zaman bujang beliau dengan wanita pilihan hatinya, Nur Juliana Abdul Rani.
Majlis pernikahan yang diadakan secara kecil-kecilan itu telah berlangsung di Ampang Kuala Lumpur, dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.
Juliana menerima sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM300 bersama hantaran perkahwinan 7 berbalas 9.
Pasangan yang telah berkawan hampir 14 tahun ini bakal menunaikan Ibadah Umrah bersama-sama tidak lama lagi.
Majlis resepsi bakal diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. – KopiPlanet.com




