AntarabangsaHollywood

Nicki Minaj Akui Malu Terlibat Insiden Dibaling Kasut Oleh Cardi B

Penyanyi rap, Nicki Minaj mengakui berasa malu dengan insiden pergaduhan yang melibatkan dirinya dengan penyanyi Cardi B.

Pergaduhan bermula apabila Cardi cuba mendekati Nicki sebelum dia mencampakkan kasutnya ke arah pelantun lagu Anaconda itu.

Menerusi satu temubual dengan sebuah stesen radio sehari selepas kejadian itu, Nicki berkata ia adalah amat memalukan untuk Cardi B berkelakuan tidak senonoh sebegitu di kala kariernya sedang meningkat naik.

“Tolong dapatkan bantuan untuk wanita ini. Dia sedang berada di puncak kegemilangan karier tapi sanggup mencalarkannya dengan insiden membaling kasut ke arah orang lain?”

Insiden pergaduhan yang berjaya dirakamkan itu memperlihatkan Cardi meluru ke arah Nicki sambil berbalas makian sebelum Cardi mencampak kasutnya ke arah Nicki. Kejadian itu berlaku ketika kedua-duanya menghadiri parti anjuran majalah fesyen terkenal Harper Bazaar di Hotel Plaza, New York.

Cardi dipercayai bertindak sedemikian kerana percaya Nicki telah mengutuk caranya dalam menjaga bayi perempuannya, Kulture Kiara Cephus yang baharu berusia dua bulan.

Menafikan perkara itu, Nicki berkata dia tidak pernah sama sekali mempersoalkan cara rakan-rakan selebritinya dalam menjaga anak mereka.

“Saya tidak pernah mengutuk atau mencaci mana-mana anak orang. Ia sesuatu yang menyedihkan untuk menuduh orang dengan dakwaan sebegitu. Saya tidak pernah sesekali mengutuk anak orang atau cara ibu bapa membesarkan anak mereka. Itu semua adalah fitnah,” kata Nicki. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button