
Nombor Telefon Terdedah, Akui Terima Ugutan Bunuh, Fara Salleh Buat Laporan Polis
Gara-gara nombor telefonnya telah tersebar, wanita yang dikaitkan dengan penyampai radio Shuk Sahar tampil membuat laporan polis.
Menerusi satu video interview bersama portal mStar, laporan polis berkenaan dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara.
“Saya buat laporan polis berkenaan nombor telefon saya yang telah tersebar di media sosial.
“Saya terima beribu-ribu video, call, What’s App dan ada yang sampai ugut nak bunuh.,” ujarnya.
> Baca: Khidmat Shuk Sahar Sebagai Penyampai Radio Hot FM Digantung Serta-Merta
Menurutnya, apabila videonya itu terdedah, ada pihak yang mengetahui tempat tinggalnya.
“Ada yang What’s App kata dah sampai kat rumah. Ada yang kata tunggu kat lobi.
“Saya rasa ia satu tindakan tidak bertanggung jawab apabila memviralkan nombor telefon dan memviralkan kita dalam keadaan aib,” tegasnya.
Jelasnya lagi, dia juga menyatakan sudah tidak mempunyai sebarang hubungan lagi dengan Shuk. – KopiPlanet.com