Cerita ArtisHiburanSelebriti

Nora Mengaku Anak Bercium, Harap Dahlia Dapat Jadikan Pengajaran

Penyanyi Nora Ariffin menerusi laman Instagram mengaku anak ketiganya, Putri Nur Dahlia merupakan remaja perempuan yang terlibat dalam video bercium dengan seorang remaja lelaki seperti yang tersebar di Twitter, pagi tadi.

Menurut Nora, dia berharap anak ketiganya itu dapat mengambil pengajaran daripada insiden yang berlaku dan berubah ke arah lebih baik.

“Allahuakbar, dengan penuh rasa terkilan.. saya mengaku, memang dia..sebagai seorang ibu, kita telah mencuba paling terbaik untuk mengajar, mendidik dan berikan apa yang terbaik dalam termampu dalam kapasiti terbatas.

“Tetapi sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari daripada buat kesilapan. Dia masih muda dan banyak benda lagi yagn dia perlu pelajari dan kehidupan yang harus dilalui.

“Sebagai ibu, saya juga banyak kelemahan. Saya berdoa agar Dahlia dapat ambil iktibar daripada perkara ini, menjadi insan yang lebih baik dan teruskan hidup. InsyaAllah, kepada anda semua, berikan ruang dan ketenangan buat kami pada masa ini. Sama-sama doakan yang terbaik,” tulis penyanyi yang terkenal dengan lagu Desa Tercinta itu.

Pagi tadi, tular sebuah video menunjukkan pasangan remaja bercium di kawasan umum dan difahamkan ia dibuat mengikut trend video popular Tiktok, yang mana anda perlu mencium rakan baik lelaki atau perempuan anda.

> Baca: Keluarga Nora Akan Bersemuka Dengan Keluarga Remaja Lelaki Tular Video Cium

Sementara itu, Dahlia menerusi akaun Twitternya mengatakan dia dipaksa untuk melakukan perbuatan itu oleh bekas teman lelakinya.

“Saya dipaksa.. dalam video itu pun boleh nampak saya ke belakang, saya cuba mengelak. Selepas benda itu berlaku saya macam duduk diam sebab saya malu dan tak tahu nak buat apa.

“Nak tolak macam mana lagi saya terkejut. Kalau korang dalam situasi sama dengan kekasih korang yang korang dah nasihat banyak kali jangan buat macam itu dan dia dah tarik muka ke mulut, nak buat apa, nak tumbuk pun masa saat itu tak terfikir,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button