Cerita ArtisHiburan

Noryn Aziz Kembali Bergelar Isteri, Pernikahan Dipercepatkan Ekoran PKPB

Penyanyi Noryn Aziz kembali bergelar isteri kepada seorang usahawan korporat yang dikenali sebagai Shaik Rizal Shaik Sulaiman pada malam semalam.

Memetik laporan MalaysiaGazette, juara program Gegar Vaganza musim kelima itu sah bergelar isteri menerusi satu majlis tertutup yang diadakan di Damansara mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Difahamkan, pasangan itu sepatutnya dijadualkan bernikah pada 25 Oktober ini, namun ia terpaksa dipercepatkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri-negeri di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Noryn sebelum ini pernah berkahwin dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2010 namun disahkan bercerai pada 2018.

Hasil perkahwinan terdahulu, penyanyi yang terkenal dengan genre muzik jazz itu dikurniakan seorang anak lelaki, Raja Bariq Umar Shah yang kini berusia enam tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button