• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Nur Sajat Mahu Anjurkan Pertandingan Ratu Cantik Sendiri

Selebriti yang juga usahawan produk kecantikan, Nur Sajat menyatakan dia mahu menganjurkan sendiri sebuah pertandingan ratu cantik.

Nur Sajat berkata, hasrat untuk menganjurkan pertandingan tersebut adalah mahu memberi platform untuk mempromosikan wanita-wanita di peringkat antarabangsa.

“Pada saya wanita Malaysia bukannya tidak cantik atau tiada identiti sendiri, malah negara kita ada juga mempunyai budaya yang sangat menarik.

“Jadi, apa salahnya saya menjadikan pertandingan itu nanti untuk menaikkan martabat wanita Malaysia. Namun, pertandingan itu pasti ada batas-batas tertentu yang akan dipatuhi,” ujarnya.

Nur Sajat ditemui semasa majlis sidang media Miss Grand Malaysia 2019, di mana dia menjadi salah seorang penaja utama untuk pertandingan ratu cantik berkenaan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pembabitannya selaku penaja Miss Grand Malaysia 2019, Nur Sajat melihat ia satu platform terbaik dari segi penjenamaan produk yang dikeluarkan syarikatnya.

Ujarnya, selain itu dengan menjadi penaja juga merupakan langkah pertama ke arah untuk dia menganjurkan sebuah pertandingan ratu cantik pada masa akan datang.

“Kalau ikutkan kos untuk tajaan ini sahaja dah mencecah ratusan ribu ringgit. Apa yang dirancangkan adalah persediaan untuk membawa pemenang bertanding di peringkat antarabangsa pula.

“Lagipun saya memang sukakan pertandingan ratu cantik sebegini. Jadi sudah tiba masanya untuk buktikan wanita-wanita negara kita akan bersaing lebih jauh,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend