• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Nyanyian Dikecam Teruk, Nabila Razali Akhirnya Tampil Mohon Maaf

Penyanyi Nabila Razali, 28, dikecam teruk netizen selepas nyanyiannya yang terkucil dalam sebuah program hiburan baru-baru ini menjadi viral.

Susulan isu itu, Nabila tampil memohon maaf di atas kekhilafannya itu dan meletakkan seluruh kesalahan ke atas dirinya sendiri ketika mendendangkan lagu Peluang Kedua.

“Assalamualaikum, pertama sekali, saya mohon maaf sangat kerana mengecewakan anda semua. Saya tidak meletakkan kesalahan itu kepada orang lain tetapi diri sendiri.

“Saya akan pastikan memperbaiki diri menjadi lebih baik pada masa hadapan. Saya pasti setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

“Kepada yang DM, WhatsApp dan hubungi saya untuk tenangkan saya, terima kasih banyak sebab selalu ada bersama saya dan berikan kasih sayang yang banyak kepada saya.

“Anda tahu siapa anda. Saya sememangnya sangat perlukannya. Saya doakan segala yang baik-baik untuk anda semua,” tulisnya di laman Instagram.

Rakan-rakan artis seperti Hael Husaini, Wani Kayrie dan Shiha Zikir dilihat menitipan kata-kata semangat buat Nabila selain meminta dirinya mengabaikan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadap dirinya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend