• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

“Orang Yang Dia Letakkan ‘Benchmark’ Pun Pernah Comot Dulu” – Adibah Noor

Pelakon dan pengacara Adibah Noor mengakui kecewa dengan kenyataan dikeluarkan produser Datuk A. Aida yang mengatakan individu kekurangan daripada segi rupa agar tidak menyertai ujibakat pencarian pelakon baharu.

Menurut Adibah, industri lakonan tempatan yang seharusnya dipenuhi dengan pelakon-pelakon berbakat kini sudah bertukar senario apabila penerbit kini lebih mementingkan paras rupa semata-mata berbanding bakat.

“Saya ada baca kenyataan produser terbabit mengenai hal ini. Saya difahamkan pihak juri mencari pelakon pelapis seperti Remy Ishak dan Zul Ariffin. Individu yang dia letakkan ‘benchmark’ itu pun pernah comot dulu-dulu.

“Macam Remy, sejujurnya saya mengenali Remy sebelum dia popular lagi. Saya masih ingat sewaktu membuat persembahan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Remy masih bekerja sebagai staf ‘room service’ pada ketika itu. Namun, anda lihatlah dia berada di tahap mana sekarang. Selain berbakat, rupa juga boleh ditambah baik. Remy dulu pun comot tau,” katanya berseloroh kepada KopiPlanet.com

Adibah ditemui pada majlis sidang media Festival Filem Malaysia ke-30 yang berlangsung di Dorsett Hartamas, Kuala Lumpur semalam.

Menurut pelakon filem Sepet dan Gubra itu, kejayaan sesebuah drama dan filem adalah bergantung kepada bagaimana seseorang penerbit itu memberikan warna kepada naskhah terbitan syarikatnya.

“Sebagai produser, anda yang patut ‘groom’ bintang menerusi filem atau drama terbitan syarikat anda. Jika bakat boleh digilap, kenapa rupa tak boleh pula?” katanya lagi.

Selain Adibah, ramai lagi selebriti tampil menempak kenyataan A. Aida termasuk Ogy Ahmad Daud, Namron, Sharifah Amani dan Beto Kusyairy. Rata-rata mereka berkata bakat adalah lebih penting daripada penampilan dan rupa paras bagi bergelar seorang pelakon. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend