• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Paris Hilton Cari Penderma Sperma Untuk Timang Cahaya Mata

Walaupun sudah berpisah dengan bekas tunangnya, Paris Hilton dilaporkan tetap akan meneruskan rancangannya untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

Paris, 37, berpisah pelakon dan model, Chris Zylka baru-baru ini selepas 10 bulan menjalinkan hubungan mesra.

Paris dikatakan sudah pergi ke klinik sperma untuk mengikut jejak langkah adiknya, Nicky Hilton yang kini sudah bergelar seorang ibu.

“Paris sekarang tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Dulu dia yakin Chris merupakan bakal suami yang tepat untuknya tapi tidak lagi sekarang.

“Dia rasa cemburu melihat kebahagiaan adiknya, Nicky yang kini bahagia dengan suami dan dua anak. Disebabkan itu dia cuba untuk mendapatkan anak dengan mengunjungi klinik tersebut,” kata sumber.

Paris didakwa telah membuat satu senarai yang mana dia mahukan penderma sperma itu memiliki kriteria seperti rupa paras yang menarik, berpendidikan tinggi dan berasal daripada keluarga kaya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend