AntarabangsaHollywood

Paris Hilton Akhirnya Terima Lamaran Aktor Chris Zylka

Sosialit terkenal Paris Hilton memulakan tahun baharu dengan berita gembira menerima lamaran daripada teman lelakinya, pelakon Chris Zylka.

Bekas bintang program realiti, model dan pewaris hotel terkemuka itu mengumumkan berita pertunangan itu menerusi laman Instagramnya, baru-baru ini.

Chris melamar Paris dengan cara klasik melutut sambil memegang sebentuk cincin di pergunungan Aspen, Colorado, Amerika Syarikat.

“Saya sangat gembira dan teruja bergelar tunangan kepada kekasih hati, kawan baik dan soulmate saya. Seorang yang setia, penyayang dan baik hati.

“Saya gadis yang paling bertuah bila impian saya akhirnya menjadi realiti,” tulis selebriti berusia 38 tahun itu.

Chris yang membintangi drama bersiri HBO The Leftovers mengumumkan dia bercinta dengan Paris pada Februari tahun lalu.

Demi membuktikan cintanya, Chris sanggup mencacah tatu nama Paris di tangannya pada bulan Julai tahun lalu.

Pasangan ini mula memadu asmara sejak dua tahun lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button