AntarabangsaKpop

Park Han Byul Jual Semua Aset, Ambil Keputusan Menetap Di Pulau Jeju

Pelakon Park Han Byul dilaporkan telah menetap bersama keluarganya di Pulau Jeju setelah menjual semua asetnya di Seoul.

Menerusi laporan Star News, Park menjual semua harta termasuk rumahnya di Seoul dan sekarang ini dia bersama suami dan anaknya menetap di pulau Jeju.

Sehingga kini sudah lebih setahun dia tidak muncul di mana-mana rancangan atau filem dikatakan tidak akan membuat kemunculan semula dalam masa terdekat ini.

Menurut saksi, pelakon itu menjalani kehidupan yang damai di Pulau Jeju. Sebelum ini, dia sakit hati kerana skandal yang melibatkan suaminya dan kini nampak stabil setelah meninggalkan Seoul.

>Baca: Erra Fazira Tidak Masuk Campur Hal Rumah Tangga Bekas Suami

Suaminya iaitu Yoo In Seok sebelum ini terlibat dalam insiden ‘Burning Sun antara tahun 2015 dan 2016 seria diadili sejak bulan lalu atas tuduhan penggelapan, pelacuran, pelanggaran Akta Sanitasi Makanan, dan pelanggaran undang-undang mengenai hukuman berat terhadap jenayah ekonomi tertentu.

“Saya minta maaf kepada semua orang kerana telah menyebabkan begitu ramai yang bimbang tentang kejadian dan kecurigaan yang berkaitan dengan suami saya,” usar Park menerusi akaun media sosialnya.

Memulakan karier sebagai model majalah fesyen pada tahun 2002, Park dan Yoo mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan melahirkan seorang anak lelaki setahun kemudian. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button