AntarabangsaKpop

Park Hoon Dedahkan Momen Menyayat Hati Di Sebalik Nama Pentasnya

Baru-baru ini menerusi rancangan realiti televisyen TVN iaitu ‘Live Bar’ pelakon Park Hoon telah dijemput hadir sebagai tetamu rancangan berkenaan.

Semasa bual bicara diadakan, pelakon drama ‘Memories of The Alhambra’ ini telah mendedahkan nama sebenarnya serta penyebab dirinya menggunakan nama pentas sebagai Park Hoon.

“Nama sebenar saya adalah Park Won Hee. Manakala nama abang saya adalah Park Hoon atau sebetulnya Park Hoon Hee. Kami berdua digelar Won dan Hoon. Abang saya mati bunuh diri dan ianya berlaku semasa saya berumur 14 tahun.

“Akibat kejadian tersebut ibu bapa saya juga telah berpisah dengan cara yang teruk. Semasa pertama kali ujibakat, saya terfikir adakah saya perlu hadiri ujibakat dengan menggunakan nama abang saya?” jelasnya.

“Adakah kamu rasa baik berbuat demikian dengan menggunakan nama mendiang abang kamu?” tanya pengacara Shin Dong Yup selaku pengacara rancangan berkenaan kepada Park Hoon.

“Ya dan ia menjadikan saya seseorang yang lebih bertanggungjawab. Saya tidak malu menggunakan nama abang saya. Semasa kemunculan pertama saya, ayah saya telah mengatakan dia tidak mahu melihatnya tetapi kemudian dia tetap melihat dan menangis.

“Saya kerap muncul di drama-drama yang menakjubkan dan rancangan seperti ini. Saya berharap tiada seorang pun mempunyai situasi sama yang pernah saya alami,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button